Rahsia Menambat Hati Lelaki
Bagaimana anda menambat hati
lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu
meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya
kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan
untuk menambat hati lelaki?
Mungkin tiada perkataan yang
lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai
sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu
ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah
personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan
menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.
Cuba memahami perangai sedia ada
pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya
adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak
sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak
agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan
menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah
perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu
sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh
memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda.
Anda sendiri perlulah sanggup berubah
kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah
memperbaiki dirinya.
Di atas segala-galanya, apa yang
penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa
yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih
banyak daripada yang sanggup anda beri.
Sekiranya anda tidak mempercayai
lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini
meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain
percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain
tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan
anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan
lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek
kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua
kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula
adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan
kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
Ramai wanita yang mencabar dan
celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak,
terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan
suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda
bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda
bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab
mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam
muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya
berubah.
Sebenarnya tanggung jawab wanita
terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga
dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung
jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak
perlu risau apa pun.
Kritikan merbahaya kerana ia
menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia
juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan
diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan
mengeritik anda pula.
Lelaki yang puas akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi
apa saja yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks,
dan (ii) kehendak untuk menjadi penting. Penuhi dua pekara besar
ini dan anda akan dapati hampir semua masalah rumah-tangga anda akan selesai.
Percayalah, tapi selalunya ramai wanita yang akan menolak ajakan suami untuk
bersama walaupun tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Setiap orang dewasa mahukan
kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa
dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang
dia mahu dan apa saja yang boleh anda berikan.
Dia akan menujukkan minat
terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang
dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat
anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.
Anda tidak perlu membayar apa-apa
untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda.
Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat
yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada
anda.
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang
baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan
lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
Lelaki walau seberapa besar
pangkat dan garang sewaktu di pejabat adalah manusia yang lemah sewaktu di
tempat tidur. Belailah lelaki kesayangan anda seperti anda membelai seorang
anak kecil. Pangkulah kepalanya di atas riba anda. Sikatkan rambutnya. Belai
pipinya, puji kehebatannya dan anda akan dapati lelaki yang garang dan hebat sewaktu
di luar sana sebenarnya akan tuduk di bawah kelembutan seorang wanita yang
lebih hebat.
Dia akan menghormati anda
sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur
dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita
patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak
akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
Seorang lelaki tidak sama dengan
seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah
sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah
pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda
mudah memahami mereka:
Lelaki lebih mudah cara hidupnya
berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu
perkara itu disampaikan dalam bentuk kias oleh wanita. Wanita suka berkias dan
berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan
bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas
mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Lelaki bercakap dengan bahasa
yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi
antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap
dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti
dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari
apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki
tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Wanita berkebolehan untuk
membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu
cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk
menyembunyikan dan membisu.
Jika terdapat semua tanda yang
menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah,
menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki
tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki
memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi
sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Bila wanita mendesak lelaki
mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita
itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan
menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca
bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.
Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya,
mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
Tidak sebagaimana wanita yang
lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan
dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi
lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk
melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
Sepertimana wanita, lelaki juga
pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka
bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu
tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.
Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan
rahsia-rahsia rumahtangganya.
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini
juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki
agar kita lebih memahaminya.
Jangan mengkritik lelaki,
melainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki
tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di
belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan
konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara
tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki
adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah
berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik,
masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas,
tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki
eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita
harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan
keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya
cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap
bersama abang…"
Ramai lelaki menunjukkan egonya
pada dua masa, pertama di dalam kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya
menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut
mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api
cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu
bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan
kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan
membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat
faedah, terutamanya yang dicintainya.
Antara perkara yang ada pada
lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai
balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara
bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk
seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat
di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari
segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini,
iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi)
tidak penting pada ramai lelaki.
Ramai lelaki memberi keutamaan
yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi
berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual.
Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara
suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih
memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.
Melakukan seks tanpa kemesraan
emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila
keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas
kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.
Lelaki bersifat suka
menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya.
Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada
kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu,
adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan
kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.
Mata lelaki dianggap pembangkit
ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran
rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu
menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan
keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan,
sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap
imaginasinya.
Lelaki tidak meminati wanita? Itu
adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk
mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan
memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu
yang lebih menebal daripada lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki
untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan
memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki
mengenali wanita sebagai seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya
terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana
yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana
memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya
dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu
bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah
mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki
walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan
perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana
naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan
lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia
menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan
sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya.
Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela
berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita
lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan
keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda kerana wanita
dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan
menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu
wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan
di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat
wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti
kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja
kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
Ada ramai wanita di dalam dunia
ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk
mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita
sahaja bila mendekati mereka.
Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat
lelaki untuk mendekati mereka?
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati
seseorang wanita.
- Personaliti
seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang
lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih
yakin untuk mendekati wanita tersebut.
- Lelaki
terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan
wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang
menghairahkan.
- Penampilan,
gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang
lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat
lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
- Ada
juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita
sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka
mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
- Memang
tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah
tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga
membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.
Walaubagaimanapun tidak semua
lelaki mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih
mementingkan faktor dalaman diri seseorang wanita.








0 comments:
Post a Comment