tips untuk mudah bangun subuh


Marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran kepada Allah swt yang telah mengurniakan kepada kita nikmat2 yang tak terkira. Alhamdulillah….
Biarlah hamdalah senantiasa membasahi bibir kita. Jangan tunggu lama2, kerna nikmat Allah bagi pada kita sungguh tak terkira. Setiap kali kita bernafas, Allah mengurniakan kepada kita oksigen untuk bernafas, tapi ada juga manusia yang berhati batu menginkari perintah Allah. Wahai saudara, kalau nak buat maksiat sekalipun. Sila pergi dari bumi Allah ni. Nyah ko dari sini…
Setiap manusia bukan sempurna, masing2 pernah buat kesalahan kan. Termasuk juga tok, aku hanya seorang hamba hina. Ayuh kita sama2 memohon keampunan dari Allah swt selagi masih bernafas ini. Kalau malaikat Izrail datang mencabut nyawa kita, usahlah berangan nak bertaubat. Allah dah tak terima. huhu Astagfirullah…..
Saudara2 ku yang dirahmati…
Entry kali ini, Aku nak kongsikan dengan korang semua satu tips yang sy rasa perlu kongsi kan dengan korang semua. Apa dia ?  Aku nak kongsikan dengan korang tentang TIPS BANGUN SUBUH. Korang tahu kan, solat subuh ni banyak orang terbabas. Aku pun kadang2 pernah gak hehe… Huhu Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Antara punca2 masalah ini terjadi ialah:
  • Sudah menjadi tabiat untuk tidak bangun subuh
  • Korang tidur lewat, yakni pukul 2, 3, 4 am!! Huhu
  • Perasaan malas yang menebal dalam diri
  • Korang tak baca doa masa tidur, syaitan ikat diri korang
Tips Mudah Nak Bangun Subuh
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.
Okeh. Dah cukup lah tu kan!! So apa lagi, bagi sape yang payah sangat nak bangun tuh! Boleh praktikkan sedikit sebanyak. Mudah2an berjaya. Niat kena kuat okeh… huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment